Tenaga pengajar

Tenaga pengajar

Friday, 15 May 2015

PENGALAMAN DAN HARAPAN

Pengalaman
  • Bagaimana hendak mengawal keadaan kelas yang mempunyai murid pelbagai kerenah.
  • Berpengalaman untuk mengurus kelas yang terdiri daripada murid yang boleh membaca dan tidak boleh membaca.
  • Bagaimana untuk menarik minat pelajar agar menumpukan perhatian semasa pembelajaran.
  • Melatih diri supaya lebih sabar dan berkeyakinan untuk menjadi seorang guru.
  •  Perlu pemikiran yang kreatif dalam mendidik anak bangsa sekali gus membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi.
  • Berfikiran positif dalam menangani semua hal untuk kebaikan semua.
  • Berkepimpinan dalam menguruskan organisasi sekolah.


Harapan
  • Pelajar dapat membaca dan mengeja dengan baik
  • Pelajar juga dapat membentuk tingkah laku yang positif
  • Mengamalkan budaya membaca sebagai wawasan hidup
  • Berusaha dalam menuntut ilmu dan menjadi pelajar berwawasan
  • Menjadi generasi yang bijak pandai bagi mencapai merealisasikan wawasan 2020 iaitu sifar buta huruf.



Thursday, 14 May 2015

Cabaran Pelaksanaan Program




Cabaran 


Pelaksanaan kem bacaan ini merupakan satu pengalaman awal yang amat berguna kepada kami sebagai bakal pendidik pada masa akan datang. Melalui pelaksanaan kem ini, kami ditugaskan dan diamanahkan untuk memantau dan menjadi fasilitator kepada pelajar darjah 2 wawasan dan darjah 3  wawasan yang merupakan pelajar yang kurang mahir dalam membaca. 

Sepanjang sesi pengajaran berjalan, kami sebagai fasilitator menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran bagi mengelakkan pelajar bosan dan tidak memberi tumpuan semasa sesi pengajaran berlangsung. Kami para fasilitator, lebih banyak membuat pembelajaran yang lebih santai iaitu belajar menggunakan multimedia dengan memaparkan vidoe-vidoe kartun yang berunsurkan pendidikan. Kami menggunakan pendekatan melalui pembelajaran multimedia kerana, pelajar tidak berminat untuk belajar secara langsung seperti pembacaan teks secara terus. Hal ini kerana, aktiviti sedemikian tidak dapat menarik minat mereka dan mereka mula bertindak secara aktif dengan mengusik rakan-rakan yang lain.

Selain itu, untuk mengawal suasana pembelajaran dalam kelas agar teratur dan penglibatan aktif daripada pelajar, kami para fasilitator lebih menumpukan pembelajaran santai iaitu melalui permainan silang kata dan ganjaran hadiah kepada pelajar yang dapat menjawab soalan yang diajukan oleh para fasilitator. Aktiviti sedemikian berjaya merangsang minat pelajar untuk belajar dan melibatkan diri secara aktif untuk menjawab setiap soalan yang dekemukakan oleh para fasilitator. Kami berasa amat berpuas hati dengan pelaksanaan kem ini dan berharap kem ini dilaksanakan secara berterusan. 

Tuesday, 12 May 2015

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI DALAM KELAS

Taklimat pagi






Sewaktu kelas nak bermula







Antara aktiviti-aktiviti di dalam kelas





















Slot nilai murni 










HARAPAN PADA MASA AKAN DATANG

HARAPAN PADA MASA AKAN DATANG


  • Ø   Diharapkan pada masa akan datang, dengan segala pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh melalui pelaksanaan kem bacaan seterusnya dapat diaplikasikan dalam pengajaran di sekolah pada masa akan datang dan pelajar mendapat ilmu daripada cara pengajaran digunakan. 

  • Ø   Manfaat yang diperolehi di sebalik kem yang dilaksanakan diharapkan juga pelajar mendapat   lebih input dan dorongan kepada mereka untuk belajar dengan lebih gigih.

  

  • Ø   Seterusnya juga, diharapkan juga agar pihak universiti dapat memperuntukkan lebih banyak dana untuk program lapangan seperti kem membaca ini, kerana kem seperti ini amat penting kepada mahasiswa dan mahasiswi sebagai pengetahuan awal kepada mereka mengenai cabaran sebagai seorang pendidik.



  • Ø     Harapan pada masa akan datang juga, diharapkan juga agar  program lapangan yang dijalankan di luar daripada kawasan kampus seperti kem bacaan ini, dapat dijalankan dengan lebih banyak untuk memberi pendedahan awal kepada mahasiswa dan mahasiswi berkaitan dengan cabaran kerjaya sebagai seorang guru.



  • Ø  Selain itu, program lapangan seperti ini diharapkan juga dapat dijalankan secara berterusan dan dijalankan dalam jangka masa yang lebih lama untuk memberi pengalaman yang berguna kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk diaplikasikan dalam kehidupan pada masa akan datang sebagai seorang pendidik.


  • Ø   Akhir sekali , diharapkan juga  melalui pelaksanaan kem membaca ini, pelajar dapat mengaplikasikan setiap ilmu yang mereka pelajari daripada  para fasilitator dalam kehidupan harian mereka, sama ada dalam bidang akademik atau pembentukan akhlak dalam kehidupan ke arah tingkah laku yang lebih positif.

REFLEKSI KESELURUHAN

REFLEKSI KESELUHAN KEM MEMBACA


  •   Pelajar dapat mengikuti segala aktiviti yang dijalankan dengan baik, tetapi dengan bantuan dan bimbingan daripada para fasilitator.
  •   Pelajar dapat memberi tindak balas yang baik dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Walaupun pada awalnya, ada sesetengah pelajar bersifat pasif, tetapi dengan dorongan dan rangsangan daripada fasilitator, semua pelajar dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan dengan baik.
  •  Melalui kem bacaan yang dijalankan ini, kami dapat mengetahui cara yang berkesan untuk mengawal kelas dan mendapat gambaran awal suasana dan karenah murid di sekolah.
  •  Melalui kem membaca ini juga, kami sebagai fasilitator dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh para pelajar Behrang 2020 dalam kebolehbacaan mereka di sekolah.
  •   Memahami dan membantu pelajar untuk menyesuaikan diri di dalam kelas melalui pendekatan yang kami laksanakan yang lebih berfokuskan kepada pelajar iaitu melibatkan semua pelajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
  • Pelajar dapat mengeja dan membaca dengan baik, tetapi mereka tidak faham maksud setiap patah perkataan yang mereka baca. Oleh itu, sebagai para fasilitator kami memberi penerangan dalam setiap teks yang kami bekalkan kepada mereka.


    

LAPORAN AKTIVITI


1. PERSEDIAAN AKTIVITI.

a) Pemilihan kandungan yang hendak diajar.

            Sebelum bermulanya Kem Membaca di Sekolah Kebangsaan Behrang pada 25 dan 26 April 2015 kami telah merancang beberapa aktiviti dan mendapat persetujuan antara ahli kumpulan. Kami telah membahagikan aktiviti tersebut kepada dua plan aktiviti iaitu Plan A dan Plan B. Tujuan kami membuat Plan A dan Plan B adalah bertujuan sebagai persediaan kepada para fasilitator sekiranya aktiviti yang dijalankan pada ketika itu tidak berkesan atau tidak mendapat respon dari pelajar. Oleh itu, Plan A wajar bertukar ke Plan B. Di dalam Plan A, kami telah merancang aktiviti mengenal huruf A B C dan suku kata, serta mengenal pasti nilai-nilai murni yang terkandung di dalam petikan yang disediakan. Manakala, di dalam Plan B, kami menyediakan buku cerita yang mempunyai gambar yang ceria dan menarik supaya pelajar akan lebih tertarik untuk belajar. Di samping itu, kami turut menyediakan pelbagai video untuk dipaparkan kepada pelajar berkaitan dengan membaca.

b) Pembinaan alat bantuan.

            Dari aspek pembinaan alat bantuan pula, bagi aktiviti pertama iaitu aktiviti mengenal huruf A B C dan suku kata, kami telah mencari bahan-bahan untuk mencipta ‘ Kad Abjad ’ atau ‘ Kad Huruf ’ bagi menarik minat pelajar mengenal huruf . Antara bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Kad Huruf adalah kertas A4, mounting board, multi purpose tack, gam, gunting dan white board marker. Selain itu, bagi aktiviti mengenal pasti nilai-nilai murni yang terkandung di dalam petikan pula, kami hanya menggunakan kertas A4 dan menyediakan pensel serta pemadam kepada pelajar. Seterusnya, bagi aktiviti bercerita pula kami telah menyediakan beberapa buku cerita kepada pelajar serta membawa laptop untuk menayangkan video-video yang berkaitan dengan membaca.

c) Rasional aktiviti yang dipilih.

            Kumpulan kami telah mendapat pelajar dari kelas 2 Wawasan dan 3 Wawasan. Kelas tersebut terdiri daripada pelajar yang tidak pandai membaca, boleh membaca tetapi tidak memahami perkataan atau ayat yang dibaca. Oleh itu, kami menjalankan aktiviti ini bertujuan sebagai pengenalan atau pendedahan dengan lebih lagi kepada pelajar berkaitan huruf agar pelajar bukan sahaja dapat mengecam dan mengenal huruf, malah mereka akan dapat mengeja dan menulis dengan baik iaitu bermula dari satu huruf, kemudian di kembangkan lagi kepada suku kata yang mudah bagi mereka mencipta perkataan. Kemudian, melalui perkataanlah mereka boleh mencipta ayat. Bagi aktiviti kedua iaitu aktiviti mengenal pasti nilai-nilai murni yang terkandung di dalam petikan yang diberi adalah bertujuan supaya pelajar memahami pengertian nilai-nilai murni dan memahami isi cerita di dalam petikan agar mereka dapat mengolah cerita tersebut dengan baik. Oleh itu, ia menjadi tanggungjawab fasilitator dalam membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Seterusnya, bagi aktiviti membaca buku cerita adalah bertujuan supaya pelajar lebih tertarik untuk membaca. Ia bukan sahaja bertujuan kemahiran dalam membaca, malam perlu ada kemahiran dalam pemahaman.

d) Kaitkan dengan kemahiran yang terdapat dalam modul keterampilan.

            Segala aktiviti yang dirancang ini sememangnya mempunyai kaitan dengan kemahiran seperti yang terdapat dalam modul keterampilan. Modul keterampilan ini turut melibatkan tiga elemen iaitu, guru, pelajar dan bahan pengajaran. Fasilitator sebagai guru harus menampilkan gaya kepimpinan mereka sewaktu mengajar di dalam kelas supaya tahap kefahaman pelajar akan meningkat dengan lebih baik justeru mampu memberi respon atau mendatangkan hasil dari pembelajaran tersebut. Selain itu, penglibatan pelajar di dalam kelas adalah sangat penting iaitu dengan mengadakan kuiz dan meminta pelajar tampil ke hadapan bagi menjawab soalan dari fasilitator.

2. PERLAKSANAAN AKTIVITI.

a) Gambar bahan pengajaran

   Bahan pengajaran bagi mengenal huruf ABC dan suku kata



                                                                            


                        Gambar bagi bahan pengajaran nilai murni








b)Latihan murid

8.30 - 10.00 pagi

Aktiviti 1: Mengenal huruf A B C dan suku kata.    
            Sebelum memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam kelas, kami memulakan sesi perkenalan antara fasilitator dengan pelajar. Seterusnya, senaman pagi atau dikenali sebagai ‘ Energizer  Dance ’ bersama pelajar. Antaranya ialah senaman ‘ Bukit yang cantik ’ dan  ‘ Chicken Dance ’. Kami turut menggunakan tayangan dan muzik supaya pelajar boleh turut serta bersama kami dalam senaman tersebut sambil menggerakkan badan mengikut rentak. Senaman pagi ini adalah untuk regangan badan dan otot-otot di samping sesi beramah mesra dengan fasilitator. Sekiranya pelajar sihat, sesi P&P yang akan bermula akan berjalan dengan lancar kerana pelajar tidak mengantuk dan boleh menumpukan perhatian sewaktu sesi P&P. Beberapa minit kemudian, sesi P&P bermula dengan menayangkan video dan bernyanyi bersama-sama lagu ‘ Mengenal ABC ’. Aktiviti mengenal huruf A B C dan suku kata ini dijalankan bertujuan untuk memberi pengenalan ringkas kepada para pelajar tentang huruf dan suku kata yang telah disediakan. Bagi aktiviti ini, para pelajar telah disediakan dengan bahan seperti, kad huruf dan suku kata serta tayangan video di mana ianya bertujuan untuk mengelakkan pelajar berasa bosan sewaktu sesi P&P dilaksanakan. Selain itu, kami turut mengadakan kuiz dan permainan berkaitan mengenal huruf dan mencipta perkataan dari suku kata yang diberi. Pelajar yang berjaya akan diberikan ganjaran sebagai pemberi semangat untuk pelajar belajar.

11.00-12.30 tengahari

Aktiviti: Mengenal pasti nilai-nilai murni.
Aktiviti bagi slot yang kedua pula, kami telah menyediakan petikan yang mengandungi nilai-nilai murni. Aktiviti ini dijalankan dengan adanya bantuan dan bimbingan daripada fasilitator. Pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan fasilitator mengenal pasti masalah membaca dan pemahaman dalam kalangan pelajar. Berdasarkan aktiviti ini, pelajar dikehendaki membaca beramai-ramai mengikut kumpulan yang telah diberi. Kemudian, pelajar perlu mengenal pasti nilai-nilai murni yang terkandung di dalam petikan yang telah disediakan. Aktiviti ini hanya memerlukan tumpuan pelajar untuk mencari jawapan yang betul. Bagi mengelakkan aktiviti ini membosankan, kami sebagai fasilitator telah menyediakan hadiah bagi pelajar yang berjaya menjawab soalan sebagai ganjaran. Sebelum aktiviti ditamatkan, fasilitator telah mengadakan aktiviti santai bersama para pelajar seperti permainan kerusi muzikal, tarian dan sesi fotografi(bergambar).

REFLEKSI TERHADAP AKTIVITI YANG DIJALANKAN

            Bagi aktiviti pertama iaitu aktiviti mengenal huruf A B C dan suku kata, kami berpendapat bahawa tahap penerimaan pelajar terhadap aktiviti ini sangat baik. Hal ini demikian kerana pelajar telah didedahkan sedikit sebanyak huruf atau abjad ini di dalam kelas bersama guru-guru mereka. Oleh itu, sewaktu aktiviti ini dijalankan, respon daripada pelajar adalah sangat baik dan kebanyakan dari mereka sudah mengenali huruf-huruf ini. Namun, tidak semua pelajar yang mampu menerima semua yang di ajar, terdapat juga pelajar yang keciciran sewaktu sesi ini dijalankan. Oleh itu, fasilitator mengambil inisiatif dengan mengasingkan pelajar tersebut dengan pelajar yang lain. Kemudian, mengajar mereka secara peribadi. Sekiranya tidak diasingkan, pelajar tersebut akan ketinggalan dalam pembelajaran. Selain itu, tahap kefahaman pelajar dalam setiap perkataan yang dibaca adalah sangat penting. Tidak semua pelajar yang boleh membaca dan memahaminya, namun terdapat pelajar yang hanya pandai mengeja, menulis dan membaca sahaja, namun mereka tidak memahami segala yang ditulis. Dengan adanya aktiviti ini, kami dapati bahawa terdapat perubahan positif dari pelajar iaitu dari tidak mengenal huruf sudah mengenal huruf, sudah pandai menulis, mengeja dan membaca iaitu dari hanya satu huruf sahaja, kemudian berkembang ke suku kata, perkataan, dan menjadi ayat.
            Selain itu, aktiviti yang kedua adalah aktiviti yang mengkehendaki murid untuk mengenal pasti nilai-nilai murni di dalam petikan yang diberi. Sewaktu aktiviti ini dijalankan, pelajar akan diagihkan terlebih dahulu kertas A4 yang mengandungi satu petikan ringkas dan mereka dikehendaki untuk membaca beramai-ramai serta mengenal pasti nilai-nilai moral seperti yang terdapat di dalam petikan. Kami mendapati bahawa, pelajar yang dapat membaca dengan baik akan memahami setiap perkataan yang dibaca. Hasil dari aktiviti ini kita dapat melihat perubahan drastik dari pelajar iaitu apabila pelajar dapat mengeja dengan baik, menulis dengan baik, dan yang paling penting adalah pelajar dapat memahami setiap apa yang diajar ketika proses P&P.







PAMPLET KEM MEMBACA






PROGRAM
KEM MEMBACA


TARIKH :
25 & 26 APRIL 2015


 TEMPAT :
SK BANDAR BEHRANG 2020, 35900 TANJUNG MALIM, PERAK


ANJURAN :
PELAJAR KURSUS
KETERAMPILAN MEMBACA
(BMK 3033)
SEMESTER 2 SESI 2014/2015

DENGAN KERJASAMA:
SK BANDAR BEHRANG 2020


OBJEKTIF PROGRAM

1. Memberikan pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi mengenai suasana sebenar di sekolah.
2. Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa dan mahasiswi dengan pihak pengurusan sekolah.
3. Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
4. Mengajar dan melatih mahasiswa dan mahasiswi agar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan individu dan masyarakat.
5. Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.



TENTATIF PROGRAM
Tarikh              : 25 & 26 April 2015
Masa                : 7.30 pagi – 5 petang
Hari                 : Sabtu & Ahad


07:30  pagi      Berkumpul dan bertolak ke SK Behrang

08:30  pagi      Ucapan penasihat program
                        Ucapan pegarah program
                        Taklimat

09:30  pagi      Aktiviti 1

11:30  pagi      Aktiviti 2

1:30 petang     Makan tengah hari / Solat Zohor

2:30 petang     Aktiviti 3

4:30 petang     Majlis penutupan

4:45 petang     Sesi fotografi

5:00 petang     Program tamat dan bertolak pulang ke UPSI

  

SENARAI  ajk PELAKSANA
PENAUNG
Prof Madya Dr Raja Nor Safinas binti Raja Harun

PENASIHAT
Dr. Dahlia binti Janan

PENGARAH PROGRAM
Mohamad Zulhakimi bin Che Abdullah (A)

TIMB. PROGRAM 1
Mohammad Fauzan bin Imran (A)

TIMB. PROGRAM 2
Abdul Rasyid bin Razak (F)

SETIAUSAHA
Nornabila Shahira binti Md Radzi

PENOLONG SETIAUSAHA
Nur Shahida binti Mohd Nor (C)

BENDAHARI
Norikwani binti Mohamed (A)

PENOLONG BENDAHARI
Muhamad Shamrin bin Jama’in (C)

AJK MAKANAN
Nurul Atikah Binti Kadir (A)
Nurul Fatihah binti Zulkifli (B)
Nur Suhana binti Aziz (C)
Noor Hazwani binti Che Man (D)
Nurfatin Nadia binti Abu Hassan (E)
Nor Alwani binti Tumiran (F)
Wan Nasuha binti Wan Azura (G)


AJK PENGANGKUTAN & LOGISTIK
Abdul Fattah bin Mohd Nawi (A)
Muhammad Ariss bin Ahmad (B)
Mohamad Yusof bin Muhamad Fauzi (C)
Mohd Amri bin Mohd Azlan (D)
Mohd Naimin Bin Jaaffar (E)
Canigia Uden Anak Ben (F)
Mohd Zainul Ariffin bin Mad Iskim(G)

AJK AKTIVITI
Abdul Manap bin Sapian (A)
Anis Wahyu binti Azizan (B)
Nurazriny binti Abd Rahman (C)
Wan Nabilah bin Wan Bakar(D)
Junaidah Binti Tarmiti (E)
Sharwinthiran A/L Thavarajah (F)
Nurl Intan Sahida binti Kassim (G)

AJK PUBLISITI
Siti Zulaikha binti Razali (A)
Kang Siew Yieng (B)
Nur Zahida binti Roslan (C)
Khairul Izham b Mohd Shaufee (D)
Nurul Huda Binti Kamaludin (E)
Janaky a/p Manoharan (F)
Wan Nor Syuhadah bt Wan Mahmood (G)

AJK CENDERAHATI
Nur Asikin binti Ariffin (A)
Nurrul Fasihah binti Aziz (B)
Marliyana Binti Ismail (C)
Noor Hazwani /aliah bt Mohamad Hambali(D)
Rejoice Rut Machang (E)
Nurain binti Lapumdagar (F)
Tengku Mas Azieda binti Tengku Marani (G)


AJK PROTOKOL
Nur Syahirah binti Mohd Sidik (A)
Zaimah binti Zulkeple (B)
Noor Shahlinda binti Endang Triana (C)
Siti Najiha bt Rahim (D)
Hasanah Binti Hamka (E)
Wan Noor Farhan bin Wan Mansor (F)
Sylverster Lau (G)

AJK 3K
Muhammad Adam bin Md Fadzil (A)
Asiah binti Kadir (B)
Tengku Nuur Hidayah binti Tengku Zulkifli (C)
Siti Nursaadah bt Abd Rahman (D)
Siti Nur Hidayah Binti Mohd Ali Khan (E)
Nurul Maslida binti Zahari (F)
Nur Ashikin bt Daud (G)