KERTAS KERJA
KEM MEMBACA DI SK BEHRANG
TARIKH
26
April 2015
TEMPAT
SK
BANDAR BEHRANG 2020 , BATU 8, BEHRANG ULU, 35950 BEHRANG, PERAK.
ANJURAN
Pelajar
Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033) Semester 2 Sesi 2014/2015
DENGAN KERJASAMA
Sekolah
Kebangsaan Bandar Behrang 2020
1.0 TUJUAN
Kertas
kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan dan sumbangan kewangan
daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi dengan tujuan berikut:
- Untuk
mendapatkan sumbangan dan bantuan kewangan daripada Fakulti Bahasa dan
Komunikasi.
- Untuk
mendapatkan kelulusan pengangkutan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni (JHEPA).
2.0 PENGENALAN
Program
ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa dan mahasiswi kelas Keterampilan Membaca
(BMK 3033) Kumpulan G di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti
Pendidikan Sultan Idris adalah untuk memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada
pelajar itu sendiri. Di samping itu, program ini dibentuk bertujuan memberi
pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran di luar kelas bagi
mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah.
3.0 OBJEKTIF
Program
ini diadakan untuk:
3.1
Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai suasana sebenar di sekolah.
3.2
Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa dan mahasiswi dengan
pihak pengurusan sekolah.
3.3
Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
3.4
Mengajar dan melatih mahasiswa dan mahasiswi agar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
murni dalam semua aspek kehidupan individu dan masyarakat.
3.5
Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.
4.0 HASIL PEMBELAJARAN
- Mahasiswa/i
dapat mempelajari teknik interaksi yang berkesan antara pelajar dengan
guru.
- Mengurangkan
kejutan budaya mahasiswa/i sebelum melangkah ke alam perguruan sebenar
kelak.
- Mempraktikkan
apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.
5.0 KEMAHIRAN INSANIAH
- Pendedahan
kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman yang bermanfaat
kepada mahasiswa dan mahasiswi.
- Membentuk
nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna.
- Membentuk
peribadi guru yang baik.
6.0 JUSTIFIKASI
Program
ini bertujuan melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang bergiat aktif dalam semua aktiviti
yang dijalankan pihak fakulti seterusnya dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada
sekolah terbabit. Selain itu, ia dapat mengaktifkan nilai – nilai murni dalam
diri peserta. Semangat kerjasama dan
saling membantu sesama peserta juga dapat digilap. Segala pengisian yang ingin
dianjurkan dalam program ini adalah bersesuaian bagi menyemai sikap prihatin,
bekerjasama, dan sentiasa memajukan diri kearah kecemerlangan.
7.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN
PROGRAM
Program
: Program Kem Membaca
Tarikh :
26 April 2015
Hari : Ahad
Tempat : Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang
2020 , Batu 8, Behrang Ulu, 35950 Behrang, Perak.
8.0 KUMPULAN SASARAN
Melibatkan 10 orang
pelajar kelas Keterampilan Membaca (BMK 3033) Semester 2 Sesi 2014/2015 di bawah
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan seorang pensyarah pengiring.
9.0 TENTATIF PROGRAM
26 April 2015 (Ahad)
MASA
|
AKTIVITI
|
7.30
pagi
|
Pelajar
berkumpul di tempat menunggu bas yang telah ditetapkan dan bertolak ke SK
Behrang.
|
8.00
pagi
|
Jangkaan
sampai.
|
8.30
pagi
|
Mengenal
A,B,C & Pembinaan perkataan
|
10.00
pagi
|
Rehat
|
11.00
pagi
|
Mengenal
pasti nila-nilai murni
|
12.30
tengahari
|
Penutup
|
1.00
petang
|
Bersurai
|
10.0 SENARAI JAWATANKUASA
PELAKSANAAN PROGRAM
Penaung
Prof
Madya Dr Raja Nor Shafinas binti Raja Harun
Penasihat
Pn
Alizah Bt Lambri
Pengarah program
Nurul
Intan Sahida Bt Kassim
Timbalan pengarah
Nur Syamimi Atikah Binti Che Othman
Setiausaha
Wan
Nor Syuhadah Binti Wan Mahmood
Bendahari
Nik
Zulaihas Binti Zakaria
Ahli Jawatankuasa
AJK Makanan & 3K
Wan
Nasuha binti Wan Azura
AJK Pengangkutan dan
Logistik
Tengku
Mas Azieda Binti Tengku Marani
AJK Aktiviti
Umi Najihah Binti Yusoff
AJK Publisiti
Nurul
Atikah Binti Mohd Ghazali
AJK Cenderahati
Nur
Ashikin Binti Daud
AJK Protokol
Siti
Noorzakiah Binti Mohd Ramly
11.0 ANGGARAN KEWANGAN
Bil
|
Perkara
|
kuantiti
|
Jumlah(RM)
|
1.
|
Kertas
majong
|
3
helai
|
0.40x3=1.20
|
2.
|
Kertas
A4
|
1
set
|
3.00x1=3.00
|
3.
|
Mounting
Board
|
1
set
|
4.00x1=4.00
|
4.
|
Kertas
warna
|
1
set
|
3.00x1=3.00
|
5.
|
Multi
Purpose Tack
|
1
set
|
5.90x1=5.90
|
6.
|
Lain-
Lain
|
2
set
|
4.00x1=4.00
|
Jumlah keseluruhan perbelanjaan =
RM 21.10
|
|||
12.0 PENUTUP
Ucapan
terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Diharap program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna dalam
kalangan mahasiswa dan mahasiswi mengenai profesion perguruan yang sebenar. Semoga program
ini akan mencapai objektif yang dihajatkan dan memberi pengalaman serta ilmu
baru kepada mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat. Oleh hal yang demikian, kami juga sangat
berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan seterusnya
meluluskan kertas kerja ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami
hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Disediakan oleh:
|
Wan Nor Syuhadah Binti Wan Mahmood,
Setiausaha,
Program Kem Membaca,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh : ………………………………
|
Disokong oleh:
|
Nurul Intan Sahida Bt Kassim
Pengarah Program,
Program Kem Membaca,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh
: ………………………………
|
Disemak
oleh:
|
Pn Alizah Bt Lambri,
Penasihat,
Program Khidmat Masyarakat,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh : ………………………………
|
Diluluskan oleh:
|
Prof Madya Dr. Raja Nor Safinas
binti Raja Harun,
Dekan,
Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 TanjongMalim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh : ………………………………
|
Diperakui oleh:
|
En.Ismail bin Man,
Timbalan Pendaftar,
Bahagian Pembangunan Pelajar,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh
: ………………………………
|
.jpg)
No comments:
Post a Comment