REFLEKSI KESELUHAN KEM MEMBACA

- Pelajar dapat mengikuti segala aktiviti yang dijalankan dengan baik, tetapi dengan bantuan dan bimbingan daripada para fasilitator.
- Pelajar dapat memberi tindak balas yang baik dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Walaupun pada awalnya, ada sesetengah pelajar bersifat pasif, tetapi dengan dorongan dan rangsangan daripada fasilitator, semua pelajar dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan dengan baik.
- Melalui kem bacaan yang dijalankan ini, kami dapat mengetahui cara yang berkesan untuk mengawal kelas dan mendapat gambaran awal suasana dan karenah murid di sekolah.
- Melalui kem membaca ini juga, kami sebagai fasilitator dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh para pelajar Behrang 2020 dalam kebolehbacaan mereka di sekolah.
- Memahami dan membantu pelajar untuk menyesuaikan diri di dalam kelas melalui pendekatan yang kami laksanakan yang lebih berfokuskan kepada pelajar iaitu melibatkan semua pelajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
- Pelajar dapat mengeja dan membaca dengan baik, tetapi mereka tidak faham maksud setiap patah perkataan yang mereka baca. Oleh itu, sebagai para fasilitator kami memberi penerangan dalam setiap teks yang kami bekalkan kepada mereka.
No comments:
Post a Comment