HARAPAN PADA MASA AKAN DATANG

- Ø Diharapkan pada masa akan datang, dengan segala pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh melalui pelaksanaan kem bacaan seterusnya dapat diaplikasikan dalam pengajaran di sekolah pada masa akan datang dan pelajar mendapat ilmu daripada cara pengajaran digunakan.
- Ø Manfaat yang diperolehi di sebalik kem yang dilaksanakan diharapkan juga pelajar mendapat lebih input dan dorongan kepada mereka untuk belajar dengan lebih gigih.
- Ø Seterusnya juga, diharapkan juga agar pihak universiti dapat memperuntukkan lebih banyak dana untuk program lapangan seperti kem membaca ini, kerana kem seperti ini amat penting kepada mahasiswa dan mahasiswi sebagai pengetahuan awal kepada mereka mengenai cabaran sebagai seorang pendidik.
- Ø Harapan pada masa akan datang juga, diharapkan juga agar program lapangan yang dijalankan di luar daripada kawasan kampus seperti kem bacaan ini, dapat dijalankan dengan lebih banyak untuk memberi pendedahan awal kepada mahasiswa dan mahasiswi berkaitan dengan cabaran kerjaya sebagai seorang guru.
- Ø Selain itu, program lapangan seperti ini diharapkan juga dapat dijalankan secara berterusan dan dijalankan dalam jangka masa yang lebih lama untuk memberi pengalaman yang berguna kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk diaplikasikan dalam kehidupan pada masa akan datang sebagai seorang pendidik.
- Ø Akhir sekali , diharapkan juga melalui pelaksanaan kem membaca ini, pelajar dapat mengaplikasikan setiap ilmu yang mereka pelajari daripada para fasilitator dalam kehidupan harian mereka, sama ada dalam bidang akademik atau pembentukan akhlak dalam kehidupan ke arah tingkah laku yang lebih positif.
No comments:
Post a Comment