Tenaga pengajar

Tenaga pengajar

Thursday, 14 May 2015

Cabaran Pelaksanaan Program




Cabaran 


Pelaksanaan kem bacaan ini merupakan satu pengalaman awal yang amat berguna kepada kami sebagai bakal pendidik pada masa akan datang. Melalui pelaksanaan kem ini, kami ditugaskan dan diamanahkan untuk memantau dan menjadi fasilitator kepada pelajar darjah 2 wawasan dan darjah 3  wawasan yang merupakan pelajar yang kurang mahir dalam membaca. 

Sepanjang sesi pengajaran berjalan, kami sebagai fasilitator menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran bagi mengelakkan pelajar bosan dan tidak memberi tumpuan semasa sesi pengajaran berlangsung. Kami para fasilitator, lebih banyak membuat pembelajaran yang lebih santai iaitu belajar menggunakan multimedia dengan memaparkan vidoe-vidoe kartun yang berunsurkan pendidikan. Kami menggunakan pendekatan melalui pembelajaran multimedia kerana, pelajar tidak berminat untuk belajar secara langsung seperti pembacaan teks secara terus. Hal ini kerana, aktiviti sedemikian tidak dapat menarik minat mereka dan mereka mula bertindak secara aktif dengan mengusik rakan-rakan yang lain.

Selain itu, untuk mengawal suasana pembelajaran dalam kelas agar teratur dan penglibatan aktif daripada pelajar, kami para fasilitator lebih menumpukan pembelajaran santai iaitu melalui permainan silang kata dan ganjaran hadiah kepada pelajar yang dapat menjawab soalan yang diajukan oleh para fasilitator. Aktiviti sedemikian berjaya merangsang minat pelajar untuk belajar dan melibatkan diri secara aktif untuk menjawab setiap soalan yang dekemukakan oleh para fasilitator. Kami berasa amat berpuas hati dengan pelaksanaan kem ini dan berharap kem ini dilaksanakan secara berterusan. 

No comments:

Post a Comment